Sunday, July 24, 2011

manusia beragama

dan kau perlu bila mahu bercakapcara agama,
berserban berjubah dan bertasbih.
kerana itu sahaja yang layak bagi mereka untuk berkata.
kalau kau punya fesbuk berbicara selalu tentang dunia
berborak kata gelak gelak
kau tak layak untuk bercakapcara agama.

itu fikirnya orang-orang melayu sekarang.
ha ah. aku kata melayu. so what?

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” Al Hujarat ayat 6.


ada tuhan kata wahai orang orang yang berserban?
ada tuhan kata wahai orang orang yang berjubah?
ada tuhan kata wahai orang orang yang bertasbih?

ada?

tuhan itu berkata, memperingatkan -- bagi orang orang yang beriman.

dan bila orang berselidik itu berkata dan bila kau tak mampu berbahas,
kau kata orang yang berselidik itu memandai mandai dalam beragama.

semua orang yang beriman, walaupun bukan islam, tetap tuhan memperingatkan benda yang sama.

rukun iman itu cuma perlunya percaya kepada tuhan, nabi, kitab, malaikat, hari akhirat dan qada' qadar tuhan.

dan sesiapa yang mampu mempercayai semua ini, makanya dia beriman. tidak kira bangsa apa keturunan kau. dan ya, tetap masih belum islam. dan banyaknya adil tuhan, Dia tidak memperkatakan tentang, "Wahai orang orang Islam".

sekarang, kau ada tangan. ada mata. ada otak.
akal kau gerakfikirkan sendiri.
ini ketidakpuasan aku pada manusia yang tahu bercakap.
tapi terlupa guna akal.

use your brain friend. not your head.

Wednesday, January 12, 2011

susah

susahlah nak jadi manusia ni

nak buat itu salah
nak buat ini salah

banyak sangat orang tak de kerja
asyik nak monitor kerja orang je

sigh~~

Friday, January 7, 2011

nasihat

di kedai makan. selepas memancing.

kawan : ko ni aku tengok asyik makan kat luar je. bini ko tak masak ke?

aku : owh. dia penatlah. tak masak pun takpe.

kawan : eh, ko tak boleh selalu makan kat luar. bla bla bla..

aku : apa kau tau pasal kawin ni?

kawan : banyak. aku dengar cerita dari kawan kawan aku. bla bla bla

aku : aku tak terima nasihat dari orang yang mendengar. nak nasihat aku, nikah dulu.

p/s : sebab kau banyak dengar kisah sebelah pihak. aku percaya kau tak tahu cerita dari pihak satu lagi. dan kau assume berdasarkan cerita sebelah pihak sahaja. NOT FAIR!