Thursday, December 31, 2009

tahun baru

demm..

gua memang tak suka tahun baru sebab tahun baru pada orang melayu macam tipikal.. tahun baru = azam baru = melayu.. gua tak sure kaum cina sebab gua bukan pedulik pasal diorang pun..

setiap kali gua pegi kedai kopi untuk minum teh, kalau terserempak dengan kawan-kawan gua kat situ masa-masa hujung tahun macam ni, memang akan kuar soalan .. "weh, apa azam baru weh?".. aku macam.. WTFood.. apahal asal tahun baru ayat tu mesti nak kasik keluar??

kadang2 aku selewer jawab.. nak puasa penuh!!

padan muka!!

Sunday, December 20, 2009

rahsia rindu

rahasia rindu bila mereka yang kita tak suka tak ada depan mata..
rahasia rindu bila mereka yang kita suka tak ada depan mata..
rahasia rindu bila mereka yang kita perlukan tak ada depan mata..
rahasia rindu bila mereka yang kita rindu tak ada depan mata..

rahasia rindu ialah bila kita kehilangan mereka..

Wednesday, November 25, 2009

sayang!!

ramai orang sayang blog mereka. gua tidak perlu. ramai benda dan manusia yang punya perasaan yang perlu gua sayang. jadi jangan marahkan gua sebab gua sangat tidak menyayangi blog gua seperti gua mula-mula membuka ini blog! hahaha

gua tak teruja sekarang kerana terterujakan mukabuku yang sangat popular itu.

tapi gua suka je membaca blog-blog yang ada kat sidebar gua ni. ada rasa macam nak carut-carut je bila baca.

Monday, November 9, 2009

SUCK!!

kalau tak tahu pasal seni, jangan kritik orang!!
kalau tak tahu ilmu seni, jangan suka kondem orang!!

lu kalau rasa lu boleh pergi dengan cara lu, pergi lu mampos!

gua hidup cara gua, lu hidup cara lu. tidak gua kisah, kisah lu pada gua. lu 9 tahun pengalaman, 20 tahun pengalaman pun gua tidak akan hormat kalau perangai lu macam musibat dengan gua!

lu paham?

Tuesday, September 15, 2009

raya

gua rasa gua nak rasa raya tanpa rasa raya..

Wednesday, September 9, 2009

semalam

semalam gua pegi Mydin MITC. kalau dah semua pakat pegi Mydin, tak chareee aa kalau gua pun tak pegi.

bersama perempuan-perempuan untuk membeli dan belah. gua layankan. semalam gua capai Leggo's Creamy Tomato & Mozzarella. Untuk gua yang sementara tengah ketagih dengan bendalah yang bernama Spaghetti. Anak gua juga.

Gua singgah tempat megazine. Gua capai buku-buku kerja gua. Tiba-tiba gua tercapai buku Mutiara Kata. Fuh.. gua rasa sangat bermotovasi. Hahaha..

Ok.

Gua nak sambung bermotovasi.

ZZZzzzZZZzzzZZZzzz

Sunday, September 6, 2009

yasmin ahmad

ending dia boleh jadi,

takpa laa.. nnt u datang kasik lagi itu 5 sen..

atau

tak paa laa.. 5 sen saja.. u amek saja lorrr...

tapi kenapa tak jadik centu??

sebab..




it's Yasmin Ahmad!!

Tuesday, August 25, 2009

mari lawan

bulan-bulan puasa ni, jangan lemakkan otak dengan tido dan lesu..

aku cabar siapa otak lemak dan nafsu lesu..

Klik sini dan pilih gambar..

main sampai habis..

lepas tu print skrin kan dan post kat blog.. hantar komen kat sini ajak lawan..

berani??!!



klik untuk lihat besar.. sempena H1N1..

aku dapat link ni si perut buncit ini..

siyes.. 7-8 minit mmg standard aku aa tu.. hehhe

Saturday, August 22, 2009

day 1

baru lepas sahur..

cehhhh.. dah pekena rokok sebatang...

ada 12 kotak g.. takkan nak jual kat nyonya tu balikkkkkkkkkkkkkkkkkkk....

Thursday, August 20, 2009

takut puasa

aku memang rasa nak berhenti merokok..

tapi ada 13 kotak rokok lagik nak kena abiskan sebelum menjelang puasa..

macamana ni..

tgk ni..

aku takut tak dapat lawan nafsu aku masa bulan puasa ni jer...

Wednesday, August 12, 2009

puasa





sejak dari umur 6 tahun..
sampai sekarang..
aku tak pernah niat nak benti merokok melainkan masa demam + batuk..

tetiba macam rasa nak benti lak lepas tgk iklan ni..

Saturday, August 8, 2009

bahagia
















tak de bende lain yang membuatkan gua bahagia selain melihat mereka bahagia...

urut dan beranak

ada satu kedai urut style Thai kat area tempat keje lama aku. aku usha lama nak pegi. tapi cam biasa, aku takut.

ada member aku dah pegi. dia kata. tak leh nak rasa stim. sakit syiallll...

aku tak terpikir apa-apa.

kat kantin, sambil makan.. dia cerita.. ramai-ramai dengar..

tetiba..

ada mamat tu..

"ko tau tak haram masuk tempat macam tu.. berdosa.. bersentuhan kulit lelaki dan perempuan.. haram, dosa, neraka bla bla bla... haram neraka dosa... "

aku tengok member aku muka dah lain macam..

maruah dia aku kena bela..

"bro, bini ko beranak kat spital mana??"

dia jawab dengan megah.. "spital melaka.. naper??"

"ko masuk tak tengok bini ko bersalin?"

dia jawab lagi.. "mestilah.., siap aku tengok doktor tu tarik kepala anak aku.."

"doktor lelaki ke pompuan?" aku tanya

"lelaki.. india..." dia jawab sambil men slurppp kan mee goreng..

"ko tak kata kat bini ko, haram lelaki tgk p**i bini ko??"
"ko tak pukul ke orang yang tengok p**i bini ko??"

********************************************************************

p/s : aku agak kompleks dan sensitif dengan orang-orang yang suka menjatuhkan hukum..

Tuesday, July 28, 2009

yasmin

ye..

yasmin ahmad telah tiada..

aku gusar sebab aku tidak ada lagi teman bicara yang menguatkan isu dalaman aku ini..

"pedulikan kata-kata orang, pentingkan kata hati.."

"apa kata hati anak?"

banyak lagi kata-kata beliau..

dan aku menitis airmata.. kepada yasmin yang bukan siapa ikatannya pada aku..

2 hari airmata ini tertahan..
tak pasti untuk apa..

tapi yang aku tau.. aku kehilangan sesuatu..

Friday, July 10, 2009

check mate

aku dah berjumpa madam chong dan membayar RM1100 khas untuk menapakkan galeri impian bodoh aku ini.

kerja semakin bertambah
otak semakin lesu

sekian

Monday, June 29, 2009

transformers vs doraemon

di Pizza Hut, Mahakota Perit... 8 malam.. selepas menonton Transformers..

emaknye : haeynah suka tengok citer transformers?

anaknye : tak sukeee.. sebab dia bunuh-bunuh kawan-kawan dia..

emaknye : abeh haeynah suka tengok citer apa??

anaknye : doraemon.. sebab.. sebab.. doraemon tak de bunuh-bunuh cam skyfigher (skyfire) tu..

----------------------------------------------------------------------------------

bapaknye : nanti haeynah dah besar, haeynah buat citer doraemon bunuh skyfigher tu tau..

Sunday, June 28, 2009

rokok

aku : aunty, sikalang lokok ada gambar-gambar seram tu, ada laku ka?

aunty : hai ya.. apa pasal lu tanya?

aku : tak da laa aunty, mana tau sudah kurang untung..

aunty : tak da laa.. mana kurang untung.. sangat untung woo..

aku : ya ka aunty?? tak pa lah, bagik sampoerna 20 sekaton.

Friday, June 26, 2009

rasa

rasa tidak menghalalkan jari menari-nari di papankekunci A, B, C buat masa ini..

terlalu banyak hal-hal duniawi yang perlu rasa ambil peduli..

itulah rasa dijiwa masa kini..

Wednesday, June 10, 2009

mewah

bila kau duduk di meja makan di gerai di tepi jalan,
dengan suara lantang kau jerit..

nasi lemak satu.. kopi-o panas satu.. tak nak susu..

diam -- menunggu --

bila hidangan didepan mata tiba untuk kau santap,
dengan sekerdip kerlip mata kau capai tangan rakus ke batang badan sudu dan garfu,
tanpa ragu bunyi bising besi dan kaca,
kau angkat suap nasi lemak yang kau pesan ke mulut bergigi dan kau kunyah.

belum separuh hidangan, kopi-o tanpa susu kau tinggal separuh.

-------------------------------------------------------------------------------

bila kau ditempat mewah
kau jalan tanpa bunyi kaki mempunyai alas kaki
tanpa alas kaki terjejak ke batu ditempat mewah
perlahan kau tolak keluar pintu kaca

voucher please.

dengan perlahan kau keluarkan kertas di dalam ruang simpanan barang di seluar kau
kau serahkan kepada yang bersuara tadi

perlahan kau berjalan
senyap
sambil mata kau menitip setiap tulisan yang melintang membaca menu tertatap di atas besi halus

nasi lemak jugeee.. kata kau.

beradab sungguh bila tangan berjari lima kau mengangkat pinggan bercerai dari tempatnya
beradab sangat bila kau membuka tutup selindung nasi lemak di atas para
beradab lagi kau menyudip nasi lemak letak di pinggan kaca tanpa berbunyi dengan perasaan satu sudip itu sudah terlalu banyak
malu jika dilihat orang makan banyak di tempat mewah

dengan senyap kau mengangkat kerusi ke belakang mendapat ruang sebelum kau duduk
senyap sungguh
beradab

kau duduk
kemas kau ambil sudu dan garfu di kanan dan kiri piring kaca yang kemas terisi nasi lemak

uhhh uhhhh
mana bunyi ting
keting ting ting

tiada

tanpa bunyi

nasi yang kau bubuh di piring telah hilang

barangkali
piring yang kau ambil itu
berlubang agaknya!!

aduhhh
baru kau sedar
tiada fresh orange di meja kau ketika nasi lemak dipiring kau lenyap!

Sunday, June 7, 2009

mamai

beberapa hari..

mungkin beberapa minggu..

atau bulan..

aku akan jarang update..

sedikit urusan perniagaan harus disudahkan..

impian untuk aku jadikan kenyataan..

bukan angan kosong..

terima kasih bini sebab yakin pada aku..

Thursday, May 28, 2009

k ter

malam ni ke kuala terengganu..

2000..

gelap..

seorang..

selsema..

demam..

batuk..

tido!!

Tuesday, May 26, 2009

anak

sang anak di taman permainan sekitar rumah pak long dia di Jelutong Timur, Shah Alam!

Thursday, May 21, 2009

isteri / isteri-isteri

“Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap televisyen (TV), itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.

“Sekurang-kurangnya, buatlah air kopi sendiri. Bukannya susah pun, tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti, pot, pet, pot, pet…,” leter Intan kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Intan tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya, dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini, boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan, menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak, yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
“Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.”
Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: “Aku masuk ke rumah nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, “hai Rasulullah, apa yang membuat anda menangis?” Baginda menjawab, “hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.”

Mengherdik

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TN rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.” Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun, percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan kuberikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?”
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya, walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------


Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda :
“Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”
Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihi wasallam bersabda:
“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.”
(HR:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang
suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah.

Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah. Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda,
“Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:

“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya . Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk
menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah
yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda
kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke
seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama. Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

1. Bersikap malu terhadap suami.
2. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
3. Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
4. Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
5. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
6. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
7. Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
8. Sentiasa menghormati keluarga suami .
9. Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
10. Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
11. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

------------------------------------------------------------------------------------------------

dunia

dalam dunia ni..

ada orang yang amalannya seperti ahli syurga, tetapi sebenarnya adalah ahli neraka..

dalam dunia ni..

ada orang yang amalannya seperti ahli neraka, tetapi sebenarnya adalah ahli syurga..

p/s : jangan berlagak dengan amalan yang dah buat.. sentiasa melihat yang kecik itu, kurang dosanya.. yang besar itu, banyak pahalanya..

Wednesday, May 20, 2009

penghormatan

aku cuma inginkan sedikit penghormatan dari manusia..

cuma sedikit..

sebagai seorang manusia..

sebagai anak..

sebagai adik..

sebagai abang..

sebagai menantu..

sebagai suami..

sebagai bapak..

terima kasih!!

Saturday, May 16, 2009

live

ulasan untuk AF 7.

Hafiz - Lagu Anuar Zain.

sibuk dengan tarian. senyum kurang. out.

Akim - Lagu Baru.

ok laa.. 80%

Yazit - Lagu Dewa

macam haram. tak patut dipuji langsung. dari 0 sampai ke final - tetap ZERO!!
dato khatijah, cuba sedar yang dia punya key memang out!!

Isma - Lagu Baru

pada aku tak adil sebab husband dia buat lagu untuk dia. kalo lirik by husband dia, mungkin ada sedikit kemaafan pada aku. hmm..

20% je kot.. biasa-biasa je..

Aril - Lagu Padi

macam haram.. boring..

feel yg dibuat-buat!!

Hafiz - Lagu Baru

adoi aiii.. tak de rasa.. tak de rasa..

apa yang transformasi nyer??

Akim - Lagu Faizal Tahir

lu buat main lagu faizal tahir.. lu mati aaa...

gua rasa komen adlin tu desperate sebab dah berapa lagu tapi persembahan out!!

apa yang transformasi nyer??

Yazit - Lagu Baru

HARAM!! HARAM!! HARAM!!

apa yang transformasi nyer??

Isma - Lagu Misha Omar

ini masalah AF dari season 2-7 bila music arrangement tidak mengikut original song. penyanyi akan berasa selesa. tidak push diri untuk diluar kemampuan vokal!!!!!!

apa yang transformasi nyer??

Aril - Lagu Baru

attitude.. masih biasa-biasa..

apa yang transformasi nyer??

APA YANG TRANFORMASINYA??

MUKA??
SUARA?? PALING TERUK..

TRANSFORMASI PENTAS!!!

gua bukan nak tengok pentas.. gua nak tengok performer atas pentas!!

pada gua, AF7 tak dak orang layak jadi juara atas alasan..

TRANSF0RMASI!!!

p/s : gua hanya peminat seni.. kritikan gua adalah berdasarkan apa yang gua suka!!!
seni di malaysia adalah seni duit.. bukan lahir dari hati!!

airmata

gua..

ermm

nangis lagi..



aku nak nyanyi lagu ni kat AF 8..

Saturday, May 9, 2009

haram

pepatah Bali ada mengatakan,

Jika 'anu' lelaki ibarat setan, 'anu' perempuan pula ibarat syurga. tapi yang heran, bagaimana setan boleh suka-suka keluar masuk syurga.
kool kan..

isnin ni.. gua mau 'rembat' satu 'surga'..

nantikan ceritanya...

Tuesday, May 5, 2009

TAKEN!!

gua bukan seorang pengarah, mahupun pengarah seni..

cerita pasal seorang ayah..

cerita yang tidak perlukan efx CGI macam CicakMan..

cerita yang orang melayu susah nak buat.. sebab dorang kata citer race motor dan race kete lagi susah nak buat!!

Download..

atau

DVD cetak rompak!!

TAKEN!!



p/s : kalo korang nak special effect dia lagi best, beli original!! belanja gua makan kalo citer ni best!! hahaha

update!!
bicara mengenai Taken Movie ok!!

gua ada masa sedikit sebelum xternal HDD gua habis discan anti-virus.

gua mintak tolong pada para / para-para isteri. ye, gua tau semua ibu sayangkan anak mereka. anda mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membelai, mendidik anak anda semampu dan kadang diluar kemampuan anda menyebabkan sayang yang lahir dari para / para-para isteri kepada sang anak sangat tinggi nilainya. gua tak nafikan.

direct to the point, suami tidak mengandungkan, melahirkan, menyusukan anak mereka. hukum tuhan. namun tiada bapak yang tidak membelai mendidik anak mereka. tiada bapak yang tidak melahirkan airmata tika pertama kali mendengar tangisan si janin hasil titisan air mani mereka. tidak ada.

jangan percaya dengan kata hati anda seratus-peratus wahai para / para-para isteri. sang ayah juga mempunyai heart feeling yang kadangkala melampaui para / para-para isteri. hukum tuhan. kenapa? kerana lelaki tidak mengandungkan, melahirkan, menyusukan.. tetapi mereka mempunyai 6th sense yang lebih tinggi mengenai keselamatan anak mereka. sangat tinggi.

seolah-olah, sang ayah mengetahui sesuatu di masa depan mengenai anaknya.

percayalah..

hukum tuhan!!

p/s : sekadar mencari realiti dari cerita TAKEN!!!

Monday, May 4, 2009

THINKfamily



agak-agak siapa director dia??

Sunday, May 3, 2009

khulu'

Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan.

atau

saya atau wakil saya tidak memberi nafkah yang selayaknya kepadanya selama tempoh masa yang tersebut padahal dia taatkan saya,

atau

saya melakukan sebarang mudharat atau lazim menyakiti tubuh badannya kemudian dia mengadu kepada Mahkamah Syariah,

dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan dia kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagu pihak saya SEPULUH RINGGIT maka pada ketika itu tertalaq dia dengan cara TALAQ KHUL' (Tebus Talaq)


ada juga Mahkamah Syariah yang boleh sang isteri mengadu kalau suami bermasalah. soalan gua, kalo perempuan bermasalah?? lelaki mau jumpa sama siapa?? nak dipukul pun menjadi masalah, tidak dipukul dikata dayus.

zaman sekarang bukan seperti zaman dulu, suami balik dan isteri menunggu didepan pintu dengan sebilah rotan. kata sang isteri itu, kalo aku tidak menyenangkan hatimu dikala engkau melihat aku, pukullah aku.

dululah..

sekarang?? kunci sorang satu.. laki satu isteri satu.. balik pandai-pandailah bukak pintu sendiri.. sampai kat rumah, isteri terbongkang.. apa cer??

mana sang suami nak mengadu??

zaman dahulu, bila isteri masak, setelah dihidangkan, disisipkan disisi suami sebilah rotan. katanya, jika masakan saya tidak enak pada sang suami, pukullah saya..

sekarang?? masak ikut suka.. tawar, masin, manis semua belayar entah kemana..tanya pulak sedap ke tak?? kalo kata tak, depan rezeki muka masam mencuka.. lebih teruk lagi, tak masak langsung, penat katanya..

mana sang suami nak mengadu??

kalo cerita masalah rumahtangga, memang kisah 1001 malam..

p/s : ini hanya sebuah kisah, bukan luahan hati gua, hanya berdasarkan cerita-cerita masalah rumahtangga teman-teman gua.. tapi, tipulah kalo gua kata kisah-kisah macam ni takde kena-mengena dengan gua kan..

jiwa tertekan

aku tak boleh dan tak sanggup
bila rezeki begini
dimamah oleh mereka
yang tak mampu merasai

aku tonton
aku menitis airmata
sedang aku disini
enak menikmati sebotol coke

tidak boleh di 'embed'..

korang boleh klik dan view disini
sambil bersedia menitiskan airmata..

Saturday, May 2, 2009

histeria

Pemain bola jaring diserang histeria


KEMAMAN: Sepuloh pemain bola jaring pasukan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu di serang histeria ketika sertai kejohanan sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Terengganu, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, tiga peserta lelaki turut diserang histeria.

dipetik di sini

p/s : gua rasa teman-teman gua dah start mengamuk kat utara nuuu..

teori

mari berteori tentang agama.

owh.. sangat racistme.

satu teori.

Nabi S.A.W makan menggunakan 3 jari.

jadi kita semua akan cuba mencontohi Nabi dengan makan menggunakan 3 jari.

makan nasi dengan 3 jari? bila nak habis.. bekerja di syarikat swasta memperuntukkan 1 jam je waktu rehat.. memang tak sempat nak habis.. dah jadi isu membazir pulak.. makan sambil mengumpat bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dengan makan menggunakan 3 jari.. lainlah jika kerja gomen.. upsss.. ok.. off record!!

mari kita kaji..

Zaman Nabi, di tanah arab tidak mempunyai sawah padi, jadi teori pertama, baginda tidak makan nasi. (mungkin)

teori 2, sejarah-sejarah yang pernah gua dengar, Siti Khadijah menyiapkan roti untuk baginda dalam perjalanan ke gua Hira'.

teori 3, makanan berasaskan gandum menyebabkan tumbesaran (ketinggian) badan meningkat.

untuk menyokong teori 3 ini, mari kita lihat masyarakat di malaysia.

orang melayu kebanyakan makan nasi, jadi tumbesaran juga meningkat. benar, tumbesaran perut.. (ok.. off record.)

begitu juga dengan orang cina.

jadi bab-bab ketinggian ini, memang orang cina dan melayu akan kalah!! OUT!!

orang india, kebanyakkan makan roti yang berasaskan gandum. Roti canai, tosai, capati etc2 yang gua tak tau.. jadi gua melihat keturunan mereka ini tinggi-tinggi belaka.

teori ini gua rasa mungkin menjawab secara tidak rasmi mengenai pembinaan piramid yang dijadikan sebagai diantara 7 benda ajaib di dunia.

kaji peta, ok, gua tau gua tak kaji.. kalo rajin, korang tolong kaji untuk gua negara India dimana.. adakah berdekatan dengan arab.. gua masa sekolah dulu selalu ponteng subjek sains, tu sebab gua kurang bab-bab penempatan dunia ni..

tujuan gua suruh kaji, adalah untuk mengenal pasti adakah pengaruh pemakanan berasaskan gandum oleh orang-orang india ini adalah berasal dari negara arab. tu je pun..

itu homework gua untuk korang..
tidak kang gua TAG je kang.. senang..

hahahaha

Friday, May 1, 2009

perghh



entry hari pekerja

ok.. gua suka yang baru lepas balik umrah tu.. rasa macam nak sula dari depan!!

Thursday, April 30, 2009

berbaloi baloi

gua memang jarang tgk tv melayu..
tengok citer Intan jer.. hehe..

SEARCH je kat youtube..

berbaloi baloi beb..

akhirnya..

akhirnya..

akhirnya..

GUA DAH JUMPA BLOG AMY SEARCH!!!

malang

bila anda malang dan kemalangan, itulah tandanya anda memang malang dan kemalangan.

malang dan kemalangan, walaupun digunakan dari ayat pokok malang, tapi bila ditambah imbuhan 'ke' dan 'an' sudah membawa maksud yang berbeza.

ohh tidak.. gua tidak malang dan tidak juga kemalangan. sihat-sihat sahaja. cuma sedikit kemalangan hati.

maksud tersirat di sini, walaupun ibu korang dan ibu kepada anak korang dari species yang sama, namun mereka tetap berbeza.

got it??

Wednesday, April 29, 2009

asal usul

asal usul gua..

sila sediakan kamus.. gua nak skeapinggggg...

Origins

Some say that toyol has its origins from Mecca near the Kaaba (the belief refers to the Pre-Islamic Era where the Arabs used to kill their children and bury them all around Mecca. The Chinese (Cantonese) name for the toyol is guai zai (literally "ghost child"). The corresponding term in the Hokkien dialect is kwee kia with "kwee" meaning "ghost" and "kia" meaning "child".

Appearance

People normally associate the appearance of a toyol with that of a small baby, frequently that of a newly born baby walking in nakedness with a big head, small hands, clouded eyes and usually greyed skin. More accurately, it resembles a goblin. It can be seen by the naked eye without the use of magic, though they are unlikely to be spotted casually.

Invoking a Toyol

Keeping a toyol has its price. In essence, the spirit is that of a still-born (or aborted) child, and its temperament reflects this.

According to most Asian practices and beliefs, the afterlife of a person is taken care of by the family, in the form of a tablet. It is usually made of wood, with the name of the deceased engraved. A collection of tablets at an elaborate family altar is a typical item in a large (and often wealthy) family. Following the same principle, the master of the toyol keeps its tablet and cares for it. He must feed it with a few drops of his blood everyday, usually through his thumb or big toe. In addition, it requires certain coaxing and attention, along with offerings. Such offerings might include candy and toys, for the toyol is essentially a child and must be kept happily entertained. According to other stories, a toyol must be fed with blood from a rooster.

Tasks

In old village tales, people keep toyols for selfish but petty gains. They use such spirits for theft, sabotage and other minor crimes. Serious crimes, like murder, are usually beyond the capability of these toyols. A person who suddenly becomes wealthy without explanation might be suspected of keeping a toyol. The toyol is kept in a jar or an urn, and hidden away in a dark place until needed.

What happens at the end of the "contract" is not very clear. It could be that the tablet, along with the urn, is buried in a graveyard (with the relevant rituals), and the spirit is then laid to rest. An alternative method is to dispose them in the sea. Or else, a toyol gets passed down in a family through the generations. This seems to suggest that once you obtain a toyol, not only are you stuck with it for the rest of your life, but all your descendants will also be condemned to own it.

Weaknesses

La lalal lalal lalala

Tuesday, April 28, 2009

bela setan



"kuat setan dia ni.. kuat setan dia ni.." kata adik gua sepanjang menonton beberapa siri silap mata Criss Angle ini.

gua kata, macam ko nampak je setan tu!!!

gampang

sorry lah kalo korang terpaksa mencarut bila sampai sini.. mengidam kot!!

gua rasa gua macam buta seni bila gua minat lagu gambus kat link sini.

perempuan wanita

asal dengan perempuan jer, nak kena cakap elok-elok..
budi bahasa katanya..

asal dengan perempuan jer, kena layan lemah lembut,
gentlemen kononnya..

asal dengan perempuan jer, mesti kena turut cakapnya..
manja katanya..

hell!!

abeh pompuan buat apa kat lelaki??

tengok.. bini gua dah boroikan gua..

apa cer??

brain

Teka Siapa Student Itu?

Aku terjumpa suatu forward yang menarik. Aku tau ia panjang dan mungkin ramai yang kurang gemar membacanya kerana ia dalam Bahasa Inggeris, tapi kalau kamu baca hingga ayat terakhir, memang berbaloi.


A Conversation for Introduction To Philosophy students - enjoy

An Atheist Professor of Philosophy was speaking to his Class on the Problem
Science has with GOD , the ALMIGHTY. He asked one of his New Students to stand and . . .

Professor :Do you Believe in GOD ?
Student : Absolutely, sir.
Professor : Is GOD Good ?
Student : Sure.
Professor : Is GOD ALL - POWERFUL ?
Student : Yes.
Professor : My Brother died of Cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn't. How is this GOD good then? Hmm?

(Student was silent )

Professor : You can't answer, can you ? Let's start again, Young fella. Is GOD Good?
Student : Yes.
Professor : Is Satan good ?
Student : No.
Professor : Where does Satan come from ?
Student : From . . . GOD . . .
Professor : That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student : Yes.
Professor : Evil is everywhere, isn't it ? And GOD did make everything. Correct?
Student : Yes.
Professor : So who created evil ?

(Student did not answer)

Professor : Is there Sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?
Student : Yes, sir.
Professor : So, who created them ?

(Student had no answer)

Professor : Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son . . . Have you ever seen GOD?
Student : No, sir.
Professor : Tell us if you have ever heard your GOD?
Student : No , sir.
Professor : Have you ever felt your GOD, tasted your GOD , smelt your GOD ? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?
Student : No, sir. I'm afraid I haven't.
Professor : Yet you still believe in HIM?
Student : Yes.
Professor : According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?
Student : Nothing. I only have my faith.
Professor : Yes, faith. And that is the problem science has.

Student asks and professor answers

Student : Professor, is there such a thing as heat?
Professor : Yes.
Student : And is there such a thing as cold?
Professor : Yes.
Student : No, sir. There isn't..

(The Lecture Theatre became very quiet with this turn of events )

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega Heat, white Heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There was pin-drop silence in the Lecture Theatre )

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Professor : Yes. What is night if there isn't darkness?
Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something.
You can have low light, normal light, bright light, flashing light . . but if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it is, you would be able to make darkness darker, wouldn't you?

Professor : So what is the point you are making, Young Man ?
Student : Sir, my point is your Philosophical premise is flawed.
Professor : Flawed ? Can you explain how?
Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a Good GOD and a Bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?
Professor : If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class was in uproar )

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the professor's brain?

(The class broke out into laughter)

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it? . . .No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures,sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable)

Professor : I guess you'll have to take them on faith, son.
Student : That is it sir . . . exactly ! The link between MAN & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.







That student was Albert Einstein.



p/s : seratus peratus gua cilok dari sini.

Sunday, April 26, 2009

anak

asal dapat anak jer, mesti ramai pikir kena jaga, kena belai, kena didik, kena kasik makan, kasik minum..

tak de pun pk perlu marah, rotan, tengking, pukul...

tapi apasal gua kecik-kecik kena bende2 tu semua..

bila skang gua buat anak gua, marah, rotan, tengking, pukul.. gua kena sound tak bleh buat itu semua dengan budak-budak..

haram jadah!!

p/s : gua rasa bulan 4 ni bulan dimana gua ada otak untuk menaip dan korang ada masa untuk mencarut!!

Saturday, April 25, 2009

Hidup

kehidupan dan kematian bukan satu pilihan.

kita tidak berhak untuk memilih kehidupan dan kita tidak berhak memilih kematian.
kita memilih atau tidak, ia tetap akan ada.

kehidupan hanya satu arah tujuan.

kehidupan adalah untuk kematian. satu tujuan.

dalam kehidupan, ada satu cerita.
kita mencorak cerita mengikut adunan kita.
didikan dari awal adalah permulaan adunan.
sebagai panduan contoh dalam kehidupan.

talentime





Pergi – OST Talentime
Aizad

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Yang tulus angin rindu
Begitu lamanya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Sepi tak da kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi


------------------------------------------

makin bagus mamat ni..

pengurusan badan dia menunjukkan minat dan kesungguhan beliau yang tinggi dalam dunia angkat berat amatur..

yeay..
mari kita buat pengurusan!!

siapa nak mp3 2 lagu aizat diatas dengan bit rate 320, sila private msg di kahwin@gambalawa.com.. gua kasik free ni.. hahha

Friday, April 24, 2009

Thursday, April 23, 2009

tomok & tag

Haram..

tengah-tengah gua syok dengar lagu amylea OIAM.. jari telunjuk kanan gua ni terklik belah kiri tikus gua..

sekali kuar benda ni..





damn!!

tak habis gua rawat nanah kat telinga.. kena tag plak dengan anak dara beranak 3 ni.. wajib jawab ke?? adehhh...

diorang suruh gua..

Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah




Kenapa anda suke gambar ini?
sebab gambar ni gua amek masa gua tengah sambut earth hour.. cute kan..

Bila kali terakhir mkn pizza?
apa kali terakhir?? gua belum nak mati lagi laa.. cait!!

Lagu terakhir yg anda dengar?
gua baru lepas dengar lagu tomok untuk gua nyanyi esok.. bingai!!

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
hubungan kelamin mungkin!!

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
gorgeous..
macho..
tough..
amacam??

p/s : hei DIDIZ BULAT, gua tag lu pulak!!!!!

Tuesday, April 21, 2009

wipeout

kalo sukan ceni ada kat mesia, bagi tau gua.. gua mmg layan aksi lasak ceni.. ada ke tembus dinding guna polisterin?? tak polis langsung..

Monday, April 20, 2009

kooool

korang rasa kool tak kalo aku letak benda ni kat sini..



so lepas ni jangan saper-saper berani kata gua takut nak tengok citer hantu lagi..

benci-n-ta



aku masih teruja dengan rambut panjang faizal tahir dari rambut belo dia di ABPBH. macam sengal.

benarkan ku tuk berbicara
bicara trus ke hatimu hatimu
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengarku
hatimu jua
untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku
untuk kamu

ingatkanlah diwaktu kau bersama ku
kaku aku melihatmu
lidah kelu sedangkan aku
mau kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta padamu

ketepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untukku
tiada lagi mahuku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu
aku tahu
engkau tahu apa yang mata ku tahu
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihatmu
sedang aku mau kau tahu
dengar kataku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi
tapi kembali
benci aku bencintai dirimu
ku benci..
kamuuuuuu..

aku cintaaaaaaaa...
kamuuuuuuu....

ingatkanlah diwaktu kau bersama ku
kaku aku melihatmu
lidah kelu sedangkan aku
mau kau tahu
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta padamu

ingatkanlah diwaktu kau bersama ku
kaku aku melihatmu
lidah kelu sedangkan aku
mau kau tahu
aku benci padamu
aku cinta aku benci padamu

akhir zaman

di akhir-akhir zaman,

di antara tanda akhir-akhir zaman,

sang isteri,
menderhaka kepada suami.

Sunday, April 19, 2009

JELEK

Jarum Emas: Nabil usah kalut
Oleh Adam Salleh

BARU setahun jagung, Ahmad Nabil Ahmad (ANA) melakar sejarah muncul Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH 2008). Bukan mudah meraih anugerah berprestij itu, rata-rata artis maklum hakikat ini.

Ada yang berlakon sejak kecil, tidak kurang pulun keliling, dalam erti kata berlakon filem, drama dan teater, tetapi usahkan menjadi bintang paling popular, nama tersenarai top lima pun sakit.

Peminat, terutama pembaca, ada pilihan dan cita rasa tersendiri. Ini yang dikata rezeki untuk insan terpilih seperti Nabil menikmatinya. Kejayaan Nabil mengulangi sejarah Saiful Apek kerana lazimnya peminat kita retorik memilih kelompok artis kalangan penyanyi dan pelakon saja.

Kejayaan pelawak, itu dikira ‘rezeki tercampak’. <-- pakar dalam menklasifikasikan rezeki orang!! Cuma saya menanti giliran juruhebah radio yang mutakhir ini glamor sakan mengalahkan artis, walhal peranan mereka dengan bidang saya sama saja.

Masing-masing bertugas menyebar berita dan maklumat kepada pembaca. Berbanding juruhebah radio dan pengacara televisyen (TV), pengacara TV ada potensi untuk meraih ABPBH. Sebab itu melalui kolum ini minggu lalu, jika tidak Nabil, pilihan kedua saya adalah Aznil, apatah lagi dia juga juruhebah radio. (Penyebar berita pun buat kerja nak award ke??)

Cuma dibandingkan Nabil dan Mawi pula, saya menilai aura Mawi lebih hebat daripada Nabil. Sejarah ABPBH sukar menidakkan, artis yang asasnya menyanyi ada kelebihan mempertahankan anugerah berkenaan untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi sepertimana dinikmati Datuk Siti Nurhaliza.

Mawi mempunyai aura, justeru tidak hairan sebaik dia melangkah ke Arena Of Stars, Genting Highlands ramai meneriak namanya, tetapi Nabil pula spesies artis yang bekerja keras.(penggunaan tetapi adalah tidak sesuai amat... macam ni punya ayat pun boleh lepas??) Lihat saja dia menguasai banyak program di televisyen dan filem lakonannya juga bersusun, Mawi masih dengan Aduh Saliha.

Namun tiada jaminan apakah Nabil boleh mempertahankan anugerah ini seperti Siti mahupun Mawi kerana segala-galanya bergantung pada tingkah laku Nabil.

Jika Nabil masih diterima peminat untuk terus menyimpan anugerah itu, bermakna dia mengatasi Saiful Apek. Bukan tidak mustahil, tetapi Nabil perlu panjang akal merangka strategi popularitinya.

Dalam dunia hiburan tanah air, Nabil harus sedar tingkah laku dan status selebriti itu diambil kira peminat fanatik mereka. Insiden Nabil memeluk Irma Hasmie sejurus diumumkan Bintang Paling Popular ABPBH 2008 tidak seharusnya terjadi kerana siapa tahu ada yang meluat melihat aksi itu. (siapa yang meluat?? encik adam mungkin??)

Selang sehari meraih anugerah itu, Nabil diundang ke Malaysia Hari Ini (MHI). Melalui siaran secara langsung dari TV3 itu, Nabil mengambil kesempatan memohon maaf di atas insiden memeluk Irma.

Kebetulan saya turut menjadi tetamu apabila pihak TV3 melalui Ahmad Fedtri Yahya mahukan pandangan bukan dari Berita Harian selaku penganjur. Bagi saya, sama ada mohon maaf Nabil diterima rakyat Malaysia atau tidak, yang pasti dia membuat kesilapan besar kerana membawa ‘kekasih’. (bawak awek salah, tak bawak salah!!dia punya awek dia punya pasallah)

Bagi saya, terlalu awal untuk Nabil bermain dengan gosip. (mmg pada mata en adam agaknya, segala perilaku artis adalah GOSIP!!)Yang untung dalam hal ini adalah Irma kerana tempias artis paling popular dirasainya. Selepas ini tidak mustahil ada filem mereka berdua. (dah rezeki.. naper?? tak de orang ajak en adam berlakon dengan isteri en adam ke??)

Sekadar contoh kemenangan Rosyam Nor dan Saiful Apek melalui ABPBH. Ketika kedua-duanya meraih anugerah itu, mereka tidak ditemani wanita yang boleh dilabelkan media sebagai kekasih. Kita maklum status Rosyam Nor yang mengasingkan isteri dari dunia seninya, Saiful Apek pula duda. (dah tau kenyataan tu, kenapa nak bezakan mereka plak?? kenapa tak samakan dato siti bawak dato k kehulu kehilir??)

Langkah kedua-duanya menerima anugerah itu nampak cantik tanpa kontroversi jelek. Sekalipun kita sedar kehidupan artis berbeza dengan masyarakat biasa, cuma artis generasi baru seperti Nabil harus sedar, berpeluk dengan bukan muhrim di khalayak ramai masih tidak boleh diterima mereka.

Bukan berniat menyinggung perasaan Nabil, tetapi sudah ada yang memperli kemalangan yang menimpa Nabil di simpang Bukit Jelutong, Shah Alam, diibarat balasan di atas apa dilakukan. (siapa yang perli ekk?? minyak kat atas jalan, mmg ler siapa yang lalu akan kena!! mengong!!)Memang pedih jika ada pihak sembur kita begini, tetapi inilah harga yang perlu dibayar Nabil bila sudah popular.(en adam bayar paling mahal kot!!)

Nabil belum merasai pahit getir menjadi anak seni. Dalam tempoh dua tiga bulan ini, sememangnya dia akan sentiasa ceria kerana statusnya selaku bintang paling popular tetapi harus diingat, Nabil usah kalut dengan pujian, populariti dan glamor kerana segala-galanya boleh hilang dengan sekelip mata.

Secara peribadi, kalaupun bintang Nabil pudar selepas ini, tidak ada yang mengejutkan saya kerana sebelum Nabil lahir, saya sudah berdamping dengan AR Badul, R Jaafar, Hamid Gurkha dan Mr Os. (apahal plak kuar ayat ni?? tak paham??)

ADAM: Terkejut, terpeluk, terbaring — nasib baik tidak terpejam! (sebab bukan en adam malaikat maut!!)

aku memang jelek kalo bab-bab macam ni.. tak tau apsal!!

CEO

aku baca blog CEO ini dan ini.

mereka telah menjalani ujian-ujian untuk sampai ke tahap CEO. mereka telah menempah nama seiring dengan dugaan mereka. mereka telah meletakkan maruah diri mereka di tempat yang tinggi dengan idea-idea mereka.

siapa yang membuka perniagaan sendiri tetapi tidak mahu menjadi CEO?

bila CEO, sering ramai orang mengaitkan dengan duit. kaya senang cerita.

persoalan disini, adakah benar kekayaan yang mereka cari setelah bergelar CEO atau kepuasan bekerja untuk bergelar CEO?

biarkan mereka dikecam beberapa pihak. biarkan datang sekumpalan gajah dugaan. biarkan datang katrina dan tsunami hinaan. kerana mereka tabah, kerana mereka bodoh mematikan diri, kerana mereka menjadi katak yang pekak, mereka disini.

aku tidak memuji mereka. cuma aku kagum, mereka mampu menempuhnya.

menjadi CEO dirumah sendiri pun payah, apatah lagi untuk puluhan mahupun ratusan karyawan di luar sana.

hmmm...

Friday, April 17, 2009

Bahasa

Laporan Malaysiakini kata:

Bantahan PPSMI menanti di Penanti
Jimadie Shah Othman | Apr 17, 09 11:43am

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berikrar terus membantah dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), termasuk dalam pilihanraya kecil DUN Penanti tidak lama lagi.

"Untuk saya sendiri, saya akan teruskan (berkempen). Biarpun saya kalah dalam berlawan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama beliau akan turut serta berkempen kali ini seperti pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Selambau.

"Saya akan terus (berkempen) kerana saya merasakan, yang paling penting (menjelaskan persoalan) mengapa Kementerian Pelajaran melanggar Akta Bahasa (dengan melaksanakan PPSMI)?

"Atas alasan itu (saya berkempen)."

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam menyerahkan surat rasmi meletak jawatan ADUN kawasan itu berkuatkuasa serta-merta.

gmp protest 310108 samad saidMengulas lanjut kempen membantah PPSMI menggunakan saluran pilihanraya kecil, A Samad menjelaskan, kempen menggunakan medan itu "lebih berkesan" berbanding kaedah lain, misalnya menghantar memorandum.

"(Memorandum) itu salah satu (saluran). Selalunya, memorandum itu akan diperap oleh hal yang lain. Sebab mereka (kerajaan) merasakan soal bahasa itu tidak terlalu penting," katanya, yang bertindak sebagai penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

GMP bulan lalu menganjurkan demonstrasi besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan kini A Samad bersama barisan pemimpin gabungan itu, termasuk pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad, dalam siasatan polis.

gantang by election 020409 pas ppsmi leaflet 01A Samad juga melihat peralihan pucuk kepimpinan dalam Kementerian Pelajaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membayangkan pemansuhan dasar itu.

"Saya fikir mereka sendiri merasakan bahawa apa yang diasaskan (Datuk Seri) Hishammudin (Hussein) itu tidak perlu diganggu. Itu yang saya rasakan, begitulah," katanya yang terkenal dengan novel Salina.

"Apa yang disebut Muhyiddin, bahawasanya (beliau) menerima apa yang diwariskan dan akan membawa benda itu ke kabinet. Tetapi itu tidak berbeza daripada apa yang Hishammuddin cakap (sebelum ini)."

Timbalan perdana menteri - selepas majlis terima tugas dari bekas menteri pelajaran - dilaporkan berkata ingin mendapatkan maklum balas beberapa kementerian lain sebelum memutuskan dasar PPSMI.

Muhyiddin juga mengulangi kenyataan Hishammudin sebelum ini yang dilaporkan berkata kertas laporan telah siap dan sedia dikemukakan untuk pertimbangan mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada beliau telah putus harapan terhadap kementerian itu, A Samad berkata:

"Bukan putus harapan tetapi tidak ada apa yang bergerak."

GMP juga berkempen di Bukit Gantang baru-baru ini walaupun A Samad tidak ikut serta kerana menghadiri satu acara di luar negara.

Beliau pernah dilaporkan menyeru rakyat menyokong PAS dan PKR dalam pilihanraya kerana kedua-dua parti ini sahaja terletak harapan untuk mendaulatkan bahasa Melayu.


Chedet plak kata:


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2
By Dr. Mahathir Mohamad
on March 20, 2009 6:45 PM

1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic - not on how clever you are in making decisions or explaining things.

14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.


Aku kata;

Tiap-tiap tahun asal hari raya je aku dengar lagu "Balik Kampung" dari Allahyarham Sudirman. "Balik Kampung" ke atau "Balik KE Kampung"?? Siapa nak banned lagu tu?? PPSSMMII??

Saturday, April 11, 2009

Takeshi Punya Istana









gua layan dengan benda ni.. wakakaka

apahal le pulak??

Pewaris turut kecam Nga Kor Ming
Apr 6, 09 4:05pm

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) mengutuk perbuatan ADUN DAP, Nga Kor Ming menggunakan ayat al-Quran dalam ceramah politiknya di Bukit Gantang.

"Isu ini serius kerana Nga jelas telah melampaui batas," kata Timbalan Presiden PEWARIS, Rahimuddin Md Harun.

Semalam satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak itu kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya di Changkat Jering tiga hari lalu dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.

Menurut Rahimuddin, tindakan Nga itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan PEWARIS mengutuk tindakan setiausaha DAP Perak itu yang disifatkannya sebagai biadap.

"Ini bukan soal politik kerana kesucian al-Quran perlu dipelihara oleh semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik.

"Ayat al-Quran tidak boleh digunakan oleh orang kafir kerana mereka tidak beriman kepada Allah," kata Rahimuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Gubal undang-undang

Sehubungan itu, katanya, PEWARIS memberi amaran kepada sesiapa sahaja supaya jangan menghina al-Quran "kerana kami berjuang mempertahankan kesucian al-Quran dan agama Islam di Malaysia".

"Negara kita aman dan makmur. Jangan kerana ada golongan yang kurang ajar seperti Nga, kemakmuran negara akan tergugat," tambahnya.

Rahimuddin juga mahu siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap Nga bagi memastikan rakyat negara ini terus menghormati satu sama lain dan mengekalkan perpaduan antara kaum dan agama.

"PEWARIS tanpa kepentingan politik menasihatkan ADUN terbabit agar jangan terus mencabar maruah umat Islam dan menghentikan tindakan menggunakan ayat suci a-Quran," tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya satu perundangan digubal untuk menghukum golongan tersebut demi kemakmuran dan perpaduan kaum.

Laporan polis tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping petang semalam.

Osman mendakwa Nga, dalam ucapan tersebut, mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.

p/s : 2 tahun lepas gua beli motor LC 135 warna merah, tapi si apek tu tulis dalam resit 'moto lc MELAH'

nombor dan aku

23 November

Suka berusaha di segala bidang , suka berpetualang dan sering berkecimpung dalam soal asmara. Ia bisa berkelana jauh dari tempat kelahirannya dan bisa menikmati kehidupan yang bahagia di hari tuanya.

kebenarannya:-

1- Suka berusaha di segala bidang -
err.. usaha tangga kejayaan!

2- suka berpetualang -
err.. didiz, ni bahasa indon ni petualang ni apa maksudnya nih?? tercekik tulang ke??

3- sering berkecimpung dalam soal asmara -
err.. dengan wanita sahaja.. gua bukan bisex!!!

4- bisa berkelana jauh dari tempat kelahiran -
ia.. memang bisa.. kena tinggalkan anak bini.. bisa siot!! (ke aku salah kefahaman??)

5- bisa menikmati kehidupan yang bahagia di hari tuanya -
haa.. ni yang gua musykil ni.. apahal lak tengah bisa-bisa leh bahagia plak.. kan aku dah kata aku salah kefahaman..

p/s untuk didiz : ko tak de yang BM punya ke?? tau laa obses ngan bali.. hehehe

Wednesday, April 8, 2009

me and wife - BALI

this picture is taken by didiz (Fotokahwin.com) using his Nikon D700.

admire giler.. dengan camera beliau..



edit by me (Gambalawa.com)

Sunday, April 5, 2009

Bali



photo & editing by : didiz (Fotokahwin.com)

31 Mei - 1 April ke ke bali, indonesia.

bersama sang kelamin. dan kawan-kawan.

boleh tengok sini sebab aku memang gagal nak bagitahu mana tempat aku pegi. nama tempat pelik sungguh.

gila. tetiba pegang 6 juta bawak jalan. perghhh.. apahal beli jam ratus²? gua beli jam Tag Heuer tiga ratus ribu beb...























tengok lain² gambar kat sini udah ler..

Saturday, April 4, 2009

Push Until the Limit!!



video ini didapati dari blog SN.

aku memang selalu kadang-kadang rasa nak putus asa. sangat-sangat.

bersyukur kerana aku dikurniakan sebuah keluarga untuk aku merenung kembali semangat-semangat yang luntur sedikit demi sedikit.

bersyukur aku mempunyai teman-teman yang sering memberi semangat. "jangan duduk selagi belum jatuh." seorang teman pernah mengungkapkan ayat ini suatu ketika dulu dan aku masih ingat dan pegang ayat puaka ini.

video ini membuatkan aku terdiam. menitiskan air mata.

Wednesday, March 18, 2009

Yuna - Rocket


Yuna - Rocket

-----------------------------------

You’re like a rocket in my mind
That’s waiting to define everything about me no one knew
And you stick like a poster on my wall
As if you dont wanna move

I got no money in my pocket
Nobody to rock with but you
But you know me I don’t seem to roll
Somehow we managed to get through

[Yuna - Rocket Lyrics http://malayapark.com]

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it’s alright
At least I get to see you tonight
Tonight

I can’t believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of — to save me
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you’re gonna stay

It’s like I’m picking up a miracle off the sidewalk
Like kitten in the box
Don’t contemplate yourself, you say
Cause you’re all you’ve got
I’m a — and pathetic
At the same time unlike you
Baby you’ve got no move
And you think I’m good at what I do

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it’s alright
At least I have you home tonight
Tonight

I can’t believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of — to save me
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you’re gonna stay

You’re like a rocket in my mind
Waiting to define everything about me
You’re like a poster on my wall
Sticking, don’t wanna fall
As if you dont wanna move

Friday, March 13, 2009

Terengganu

Minggu ni agak merisaukan aku.
Minggu yang meresahkan buat aku.


Rabu : Mak aku dimasukkan ke hospital untuk dilakukan operasi memotong lebihan lemak dan lendir di lengan dan punggung. Pemeriksaan awal menunjukkan mak aku mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis yang agak kritikal yang mana sebelum ini, bila buat pemeriksaan darah dan kencing manis, semua ok.

Khamis : Awal pagi aku dengan family ke Putrajaya, atas alasan sang isteri mendapat anugerah dari manusia sewaktu pembelajaran KPLI di KuITHO.

Sementara menunggu, aku melayan gambar dengan anak aku..


Dari Putrajaya Precint 3, aku bergerak dan sampai ke Melaka jam 8.30 malam. Persiapan ringkas untuk meneruskan perjalanan ke Terengganu. Dan sekarang di Terengganu.

Merindu anak.

Merindu isteri.

Merindu emak.