aku baca blog CEO ini dan ini.
mereka telah menjalani ujian-ujian untuk sampai ke tahap CEO. mereka telah menempah nama seiring dengan dugaan mereka. mereka telah meletakkan maruah diri mereka di tempat yang tinggi dengan idea-idea mereka.
siapa yang membuka perniagaan sendiri tetapi tidak mahu menjadi CEO?
bila CEO, sering ramai orang mengaitkan dengan duit. kaya senang cerita.
persoalan disini, adakah benar kekayaan yang mereka cari setelah bergelar CEO atau kepuasan bekerja untuk bergelar CEO?
biarkan mereka dikecam beberapa pihak. biarkan datang sekumpalan gajah dugaan. biarkan datang katrina dan tsunami hinaan. kerana mereka tabah, kerana mereka bodoh mematikan diri, kerana mereka menjadi katak yang pekak, mereka disini.
aku tidak memuji mereka. cuma aku kagum, mereka mampu menempuhnya.
menjadi CEO dirumah sendiri pun payah, apatah lagi untuk puluhan mahupun ratusan karyawan di luar sana.
hmmm...
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment