Friday, October 15, 2010

marah

aku marah.

ada orang yang tak pandai berlagak pandai.
ada orang yang pandai berlagak pandai.
ada orang yang pandai berlagak tak pandai.

jadi manusia biasa biasa saja. senang bukan? kalau tahu, beritahu.

gambar kamu cantiklah.
eh tak de lah. biasa biasa aje. <-- fak. jawab terima kasih sahaja. senang bukan?

tengok kamera kau.
eh. malulah. kamera aku kecik aje. tak macam kamera kau. <-- fak. beri sajalah. senang bukan?

dua contoh ayat yang aku selalu selalu dengar dari orang yang pandai berlagak tak pandai. tipikalnya melayu, dipuji, dibalas senyuman. ucap terima kasih. bukan konon cuba merendah diri, yang aku rasa sebenarnya kau sombong. takut ilmu kau dicuri?

bila diminta. beri sahaja. jawap soalan berdasarkan soalan. tak perlu seleweng sana alasan sini. diminta kamera. diberi air liur. beri sahaja. senang bukan?

hidup ini sepatutnya indah. jangan kotorkan.

2 comments:

  1. kau pernah dengar inferiority complex kan?
    macammana kalau ada setengah org yang mmg jenis xtahu nak jawab apa sebab terlalu biasa ditekan orang?

    ReplyDelete
  2. pernah. tapi kalau semua manusia itu yang aku jumpa bagi alasan yang sama, tak tahu pula yang inferiority complex itu sesuatu yang berjangkit. :)

    ReplyDelete